KEBAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG
KEBAIKAN AMALAN
GOTONG ROYONG
Kebaikan
mengamalkan amalan gotong-royong atau bekerjasama ini ialah amalan ini
mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan
sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan. Amalan ini memberikan
satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu
diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan.
Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi
dalam masa yang singkat dan mudah sahaja.
Jelaslah, amalan ini memberikan satu
suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama di kawasan
urbanisasi. Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum. Perpaduan
kaum amat penting di kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin secara
langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya, dengan wujudnya perpaduan
kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju. Bergotong royong
juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi
bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan
menjadi sekadar indah khabar daripada rupa.
Amalan gotong
royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang
pelbagai penyakit seperti aedes. Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti
diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita
dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut.
Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja
dengan tenaga kerja yang ramai.
Oleh itu, amalan
ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga
boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di
kawasan tempat tinggal. Dalam agama islam juga turut mementingkan kebersihan
kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim.
KEBERSIHAN ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN sudah menjadi tema kebersihan bagi
orang-orang islam,sama ada disedari ataupun tidak,ia adalah sebuah Hadis
baginda Rasulullah s.a.w berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim
kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar
sentiasa terpelihara
Comments
Post a Comment