KEPENTINGAN GOTONG ROYONG
KEPENTINGAN GOTONG
ROYONG
Perpaduan antara
masyarakat harus kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam lapangan
dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat
berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan
persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong
mampu membentuk masyarakat yang kondusif.
Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan
taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang
tulen. Gotong-royong boleh merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni
yang suci, yang tidak ditemui di rumah mahupun di pejabat.
Rasa
kekitaan,prihatin,dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu
hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Hal
ni berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya dapat membantu
menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan
kecurian. Lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli
masyarakat.
Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini.
Semua orang mengetahui bahawa sesuatu
kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil
kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak
kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia
mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan
(JKK).
Fungsinya untuk menjana kegiatan
gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika
ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan
kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara.Contohnya,
jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama
membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain
membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat
kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan
itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk
gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna
baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan modal insan.
Goddd Goddd. Baik baik
ReplyDeleteThanks
ReplyDeleteBoleh tak bagi tujuan bergotong-royong?
ReplyDelete