KESILAPAN MASA KINI
KESILAPAN MASA KINI
Setelah puluhan
tahun berlalu, gotong-royong kian tandus fungsinya di kalangan masyarakat.
Masyarakat masa kini nampaknya lebih individualistik dan materialistik. Mereka
bersikap menyendiri lalu menganggap bahawa segala apa yang berlaku di
sekeliling mereka tidak akan mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian mereka.
Mereka mula
mencari wang dan pangkat kononnya untuk memperoleh keselesaan dalam
kehidupan.”Ada kerja, ada gaji” seakan-akan menjadi prinsip hidup masyarakat
moden hari ini. Masyarakat moden kini juga kian pudar nilai-nilai kejiranannya.
Ramai juga yang terlalu sibuk dengan urusan pejabat. Tidak mustahil, mereka
tidak mengetahui nama jirannya apatah lagi mengenalinya dengan lebih mendalam.
Ketidakfungsian
badan-badan kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) khususnya yang
terlibat dalam kegiatan kemasyarakatan, dikatakan punca gejala ini berlaku.
Setiap tahun, kerajaan memperuntukkan jutaan ringgit untuk pembangunan
masyarakat malahan telah terdapat sebuah kementerian untuk hal ehwal masyarakat
iaitu Kemeterian Perpaduan Negara dan Kebajikan Masyarakat. Malangnya,
perbelanjaan itu tidak sampai kepada golongan sasaran. Agensi-agensi ini kurang
mengambil usaha untuk membantu masyarakat dalam perkara yang melibatkan
kerjasama segenap lapisan masyarakat.
Nasib yang sama
turut menimpa NGO yang kini berjumlah sekitar 40,000 buah. Mereka dipercayai
hanya bertindak seperti “melepaskan batuk di tangga”. Mereka tidak gemar turun
padang, berjumpa dan bekerjasama dengan masyarakat setempat untuk menolong
menyelesaikan masalah mereka. Malahan, ada juga NGO yang dipergunakan sebagai
“batu loncatan” oleh pihak tertentu untuk meraih kepentingan peribadi.
Comments
Post a Comment