LANGKAH-LANGKAH WAJAR



LANGKAH-LANGKAH WAJAR

     Situasi seperti ini sesungguhnya amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian membarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini perlu diterapkan agar kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah meraka agar keberadaan mereka dihargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum.

     Sekolah sebagai rumah kedua para generasi muda wajar menerapkan amalan mulia ini dalam aktiviti-aktiviti kesekolahan seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, dan Hari Anugerah Cemerlang. Para pelajar akan menguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat. Melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain dapat menyelidiki potensi diri secara yang lebih meyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha memugar semula semangat gotong-royong kembali
      Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarela di Seksyen 17 hingga Seksyen 22 Petaling Jaya bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastik, kaca, dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarela ini patut diberi pujian.

      Tidak terkecuali, syarikat-syarikat swasta sewajarnya menunaikan tanggungjawab sosial mereka dengan membantu masyarakat umum mengatasi masalah mereka. Walaupun sehingga kini peranan syarikat swasta dalam kesejahteraan masyarakat masih samar-samar, namun fungsi sosial mereka akan lebih jelas pada masa akan datang berdasarkan situasi masa kini dan isentif kerajaan.


Comments

Popular posts from this blog

KESIMPULAN

KESAN MEGABAIKAN AMALAN GOTONG ROYONG

KEPENTINGAN GOTONG ROYONG